Monday, 21 August 2017

Pengenalan Produk Kosmetik




Kosmetik, juga dikenali sebagai solekan, adalah pelbagai bahan-bahan atau pelbagai produk yang digunakan untuk meningkatkan penampilan atau sebagai pewangi badan. Banyak jenis kosmetik telah direka untuk digunakan pada muka dan rambut. Pada abad ke-21, wanita secara umumnya menggunakan lebih banyak kosmetik berbanding lelaki. Kosmetik secara umumnya adalah campuran daripada bahan kimia, sesetengahnya pula berasal daripada sumber alam semula jadi (seperti minyak kelapa), dan juga bahan-bahan sintetik menjadi barang kosmetik yang biasa digunakan sekarang termasuk gincu, maskara, pembayang mata, bedak asas, pemerah pipi, pembersih wajah, losyen kulit, syampu, produk dandanan rambut (gel, semburan rambut dan lain-lain), minyak wangi dan air kelonyor.

Di Amerika Syarikat, Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA), yang mengawal selia kosmetik, mentakrifkan kosmetik sebagai "bertujuan untuk digunakan kepada tubuh badan manusia untuk pembersihan, pengindahan, menggalakkan daya tarikan, atau mengubah penampilan tanpa menjejaskan struktur atau fungsi badan". Definisi yang luas termasuklah apa-apa bahan yang dimaksudkan untuk digunakan sebagai komponen produk kosmetik. FDA mengkhususkan tidak termasuk sabun daripada kategori ini.

Di sini kami menyediakan pelbagai jenis kosmetik daripada berbagai jenama. Ia adalah disebabkan kecenderungan golongan wanita umumnya yang ingin sentiasa kelihatan cantik dan lebih yakin dengan penampilan diri. Oleh itu sesuai dengan tujuan tersebut maka, pelbagai produk kosmetik yang disediakan adalah pelbagai supaya mereka dapat memilih produk-produk yang bersesuaian dengan kehendak dan penggunaan mereka. Jadi mereka tidak perlu bersusah payah untuk ke tempat-tempat yang berasingan untuk memilih produk berlainan.

Jika anda telah membuat pilihan yang anda kehendaki maka bolehlah hubungi whatsapp kami iaitu 017-5240739 untuk keterangan lanjut dan membuat tempahan. 

Diharapkan produk-produk kami dapat membantu menyelesaikan masalah anda dan membuat anda lebih berkeyakinan dalam berpenampilan.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada anda kerana berminat untuk berurusan dengan pihak kami. Semoga dengan sokongan anda dapatlah kami memberi lebih banyak bantuan kepada anda di luar sana untuk kelihatan cantik dan memiliki penampilan yang menyerlah.





No comments:

Post a Comment